Skip to main content

Tema Majlis Perkahwinan 2

Tema untuk Majlis Perkahwinan itu sendiri kadang kala susah untuk di realisasikan jikalau budget tidak mencukupi. Tema "Save Our Planet ", Tema 60's , Tema Bali, Tema Jawa dan bermacam-macam lagi. Untuk merealisasikan tema yang dipilih banyak pihak yang akan terlibat. Andaman , Pelamin hinggakan kepada pihak katerer. Hiasan tempat majlis yang bersesuaian dengan tema akan menaikkan seri majlis itu.

Suka pihak kami merujuk  kepada Tema Majlis Perkahwinan yang telah dipilih oleh seorang artis kita iaitu Maya Karin, Pelakon Utama Pontianak Harum Sundal Malam di FRIM Kepong. Tema yang 'nampak' mudah dan mempunyai kelaianan yang tersendiri.  Dengan Tema - Warna Hijau, Meja Makan Beradap yang dihias tumbuhan hijau dan hiasan  buah-buahan hijau seperti epal.... 

Paling tidak dapat dilupakan adalah Cenderahati untuk Para Tetamu yang hadir. Sebiji Mentol Lampu Osram - Energy Saver - semestinya bewarna Hijau. Tanpa Bag . Sesuai dengan tempat yang dipilih iaitu FRIM Kepong, Institute Penyelidikan Hutan Malaysia.


Tema Perkahwinan Hijau
Apakah Tema Perkahwinan anda?
Sila Klik Tema Perkahwinan 1
              Tema Perkahwinan 3

Anecdote: Teringat kepada Tema Majlis Perkahwinan Mawi dan Ikin -Tema Jawa... tak tahulah Mawi tu orang Jawa ke tidak tapi kalau Ikin tu memang sah-sah bukan orang Jawa. Nampak macam ala-ala Arab.


Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring