Tema Majlis Perkahwinan 3

Mengadakan Majlis Perkahwinan di hotel-hotel, biasanya pilihan makanan bergantung kepada package yang telah disediakan. Samada memilih 
  • Malay Wedding Package
  • Chinese Wedding Package
  • Indian Wedding Packag
Begitu juga jikalau mengambil katerer-katerer yang berpengalaman untuk majlis-majlis perkahwinan di dewan atau di rumah, pakej makanannya tetap sama. kalau katerer Melayu dengan makanan Melayunya, Katerer Cina dengan 'Chinese Food' nya begitu juga dengan katerer India dengan makanan Indianya.

Jadi apa kena mengena Tema yang telah difikirkan berbulan-bulan itu dengan  dengan makanan yang akan dihidang  kepada para tetamu.

Pernahkah anda ke majlis perkahwinan bertemakan Jawa lalu dihidangkan Makanan Jawa?
Pernahkah anda ke majlis perkahwinan bertemakan Bali lalu dihidangkan Makanan Bali?


Jawapannya tentu tidak. Kalau anda berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan orang Minang, besar kemungkinan anda akan dihidangkan dengan masakan Minang.

Agak-agak anda apakah makanan yang sesuai untuk Majlis Perkahwinan bertemakan 'Fairy Tales'? Bagaimana kalau  ' Fusion Cuisine' ?  

Di Johor, makanannya banyak dipengaruhi oleh makanan Arab, India ataupun Eropah yang telah mengalami penyesuaian dengan selera penduduk tempatan. Nasi Beriani yang berasal dari  India   Utara atau Parsi menjadi seakan hidangan wajib untuk majlis-majlis perkahwinan ataupun majlis-majlis kesyukuran. Apa pula makanan untuk negeri-negeri lain? Adakah Makanan untuk hidangan para tetamu jemputan juga perlu mengikut tema?

Terlampau banyak persoalan yang timbul jikalau kita memikirkan antara Tema dan Hidangan untuk para tetamu jemputan. Budget anda yang menentukan apakah hidangan yang sesuai untuk majlis anda. Tema majlis hanya untuk dirakam pada gambar ataupun video anda.

Prawn Cocktail - Appertizer untuk Western Dinner
             Tema Majlis Perkahwinan 2

anecdote: Pernah menghadiri Majlis Perkahwianan Melayu bertemakan 'Garden Wedding'. Diadakan di Lake Garden. Datang dari jauh. Cuma Menunya rasa-rasa tidak sesuai lansung untuk tema 'Garden Wedding'.


Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring

Sila Klik Pada Gambar Untuk Pembesaran Gambar dan FB Rasa Mewah Catering

.
PENAFIAN: Rasa Mewah Catering tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan ataupun kerugian yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa serta tertakluk kepada Terma dan Syarat yang tidak dinyatakan disini.