Skip to main content

Budget Perkahwinan ~ Dimanakah Silapnya. Bahagian 1

Bakal-bakal pengantin selalu memikirkan berapakah jumlah wang yang sepatutnya perlu ada untuk tampung majlis perkahwinan mereka. Ada yang siap tanya rakan-rakan yang baru kahwin " Berapa kau habis buat majlis ni semua". Bila mendengar rakan menjawab "Adalah dalam RM 30 Ribu" . dalam hati terus berkata " Kalau macam ni banyaknya duit yang kena ada, tak kahwinlah aku sampai ke Tua"
Majlis Makan Malam Berhidang | Wedding Dinner 
Ada yang sampai buat dua kerja... pagi pergi kerja biasa, malam buat part-time jual berger ataupun jadi attendan pam minyak sebab nak cari duit lebih. Ada juga yang daftar jadi ahli MLM ala-ala Skim Cepat Kaya dengan harapan modal yang sedikit dapat memberikan pulangan yang Ribu-Ribu. Boleh tampung budget perkahwinan mereka.

Sebelum menentukan berapakah jumlah wang yang perlu ada untuk menampung budget perkahwinan, kita perlu lihat "Bagaimanakah bentuk majlis perkahwinan yang kita inginkan".

Perbincangan antara anda dan bakal pasangan anda adalah perlu untuk menentukan bentuk Majlis Perkahwinan Impian Anda berdua. Kadang kala ( tapi selalunya ) ia juga melibatkan campur tangan keluarga dari kedua belah pihak. Setelah mendapat persetujuan dari bakal pasangan dan keluarga,Majlis Perkahwinan Anda adalah Majlis Kenduri Kahwin buat mereka. Macam pelik bunyinya.

Di sini kami tidak membincangkan bagaimana hendak membuat budget perkahwinan. Perkara ini telah banyak disentuh oleh ramai perancang perkahwinan.

Kenapa kami mengatakan perlu mendapat persetujuan dari pihak keluarga, baik sebelah perempuan maupun lelaki dan Majlis Perkahwian Anda berdua adalah Majlis Kenduri Kahwin buat mereka. Biasanya jikalau perkahwinan anda mendapat restu dari mereka, masalah kenduri kendara dah tidak termasuk didalam budget anda. Mereka dengan rela hati akan 'sponsor' dari khemah hinggakan hidangan buat tetamu. Sudah selesai 2 masalah.

Barangan untuk hantaran juga mencecah ribuan ringgit jika di kira dengan upah untuk menghias yang biasanya dilakukan oleh andam atau orang pelamin. Bagaimana jika anda memberikan kepercayaan kepada rakan-rakan atau saudara mara, untuk mereka menunjukkan kemahiran mereka yang tersembuyi itu untuk menghias barangan hantaran anda. Biasanya mereka akan membuat sebaik yang mungkin dengan hati yang ikhlas untuk membantu anda. Anda jimat lagi.

Berakhir bahagian 1


Nasi Beriani Merupakan Hidangan Wajib Untuk Majlis Perkahwinan di Johor
Anecdote: Masa kahwin dulu kami hanya perlu siapkan wang hantaran, cincin, dan baju 2 persalinan setiap seorang sahaja. Lain-lain keluarga yang 'sponsor'. Oh senangnya kahwin.


Update : Bahagian 2 - Budget Kahwin Pergi Honeymoon Kenapa Tinggalkan Hutang


Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring