Skip to main content

Budget Kahwin Pergi Honeymoon Kenapa Tinggalkan Hutang

Budget,budget,budget......semuanya kena budget sekarang ni. Sampai nak kahwin pun orang tanya Google macam mana nak buat budget kahwin.  Orang nak kahwin pening kepala sebab ikut budget kahwin merekaKalau ikut budget kahwin mereka, sampai nak ke akhir hayatlah jawabnya baru mak bapak dapat menimang cucu. 

Macam sebuah Cerita Dongeng sekarang ini, kos sebuah perkahwinan, rata-rata boleh mencecah RM 50 Ribu. Tak percaya ? Sebelah lelaki je habis RM 20 Ribu. Tahulah sebelah perempuan macam-macam nak kena buat, tup tup habis RM 30 Ribu.  

Kalau boleh Pengantin hendak diiringi dengan Vintage Car lagi.
Pengantin Boleh naik Kereta Lego macam di Legoland Malaysia
Apa-apa hal biar Pak Cik baiki Tayar Kereta Lego ni dulu ye
Apakah yang boleh dibeli dengan wang RM 50 Ribu ni ?
Boleh beli rumah, kata orang yang tak berumah.
Boleh beli kereta CASH, kata orang yang tak berkereta.
Boleh beli lori, kata orang katering. Ha..ha..ha  
Boleh pergi Holiday, kata orang kaya... 
Orang ada duit, kahwin habis RM 50 Ribu....yang hairannya orang yang kurang duit pun kahwin habis RM 50 Ribu. Perbelanjaan kahwin yang tinggi atau selera kita yang tinggi?

Berapakah budget kahwin dengan keadaan harga barang sekarang ini? 
Oklah ... tidak termasuk yang mesti di buat seperti kursus kahwin, check sini....check sana...berapa yang engkau nak habiskan duit untuk masa majlis kahwin engkau. Kalau kata RM 1 Ribu, RM 1 Ribu lah jawapannya. Kalau kata 5 Ribu, 5 Ribu lah jawapannya.  
Itulah budget Kahwin....

Anecdote  1  :  Sambungan dari bahagian 1 [Budget Kahwin, dimanakah silapnya]  
Anecdote 2 : Janganlah tinggalkan Hutang-Hutang Perkahwinan anda jika hendak pergi Honeymoon. Takut nanti sampai pergi ke Bulan demi Bulan. Kawan kita seorang ni dah dapat anak agaknya...
Anecdote 3  : Majlis Perkahwinan 1 hari sahaja, kehidupan selepas kahwin, Selagi Hayat diKandung Badan 
Anecdote 4 : Tak sampai hati lagi nak tulis panjang-panjang......Hiburan untuk anda : Dari Kumpulan Harmoni - Nyanyian Pantai Timur. Banyak Tempat di Pantai Timur - boleh pergi untuk Honeymoon.



Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring