Skip to main content

Tema Majlis Perkahwinan 1

Bila kita  memenuhi undangan majlis perkahwinan baik di kampung-kampung atau bandar, kita akan terperasan satu keluarga tuan rumah pengantin dan sanak saudara mereka memakai pakaian yang sedondong, semacam ada trend  pula sekarang ini. Dari cucu hingga ke atuk semuanya berpakaian sedondong. Kalau tak berpakaian sedondong mereka sanak saudara memakai bunga  " corsage ". Untuk kumpulan kendarat siap ada duit lagi ...kurang-kurang RM 5.

Teringat satu iklan di TV, kalau tak silap iklan ASN masa mula-mula dilancarkan "  Merah Sangat Lah Mak Ngah " kata seorang bakal pengantin apabila ditunjukkan kain untuk baju pengantinnya. Itulah ungkapan yang menjadi tarikan kepada iklan itu. Mungkin tema warna merah nampak cantik kalau dipadankan dengan warna hitam.

Majlis Perkahwinan sekarang tidak lari dari tema, dari tema warna kepada tema majlis itu sendiri. Tema untuk warna selalunya berkait rapat dengan tema untuk majlis yang dilansungkan.  Pemilihan warna selalunya menjadi isu antara bakal pengantin. 

Untuk pengantin perempuan, apa-apa warna baju pengantin pun sesuai, asalkan berkenan di hati. Bagaimana pula dengan pengantin lelaki? Adakah jika pengantin perempuan amat minat dan berkenan dengan warna merah jambu maka pengantin lelaki juga terpaksa memakai baju Merah Jambu?

Adakah jika Pakaian Pengantin berwarna merah maka seluruh hiasan untuk majlis itu perlu berwarna merah? Pemisahan warna pakaian pengantin dan warna hiasan untuk majlis adalah perlu untuk menaikkan seri pakaian pengantin itu.

Penggunaan S/S Serving Dome hanya sesuai untuk Meja Bulat 8 atau 10 0rang Tetamu
Sila klik Tema Majlis Perkahwinan 2
             Tema Majlis Perkahwinan 3

anecdote: Beberapa minggu lepas menjalankan perkhidmatan katering di satu tempat . Pengantin perempuan memakai pakaian serba 'pink' manakala pengantin lelaki berpakaian 'pink' serta berkot biru.


Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring