Skip to main content

Cenderahati | Cenderamata | Door Gift

Hendak menggunakan perkataan Cenderahati atau Cenderamata. Setelah dirujuk di sini kedua-dua perkataan ini sama erti dan maksudnya. Orang Johor menamakannya sebagai Kembal iaitu bakul kecil daripada mengkuang. Dulu bag kertas atau bag plastik ( yang cantik ) masih tiada dalam pasaran lagi.

Boleh dikatakan setiap majlis keraian, walau sekecil majlis seperti aqiqah dan bercukur pun ada cenderahati. Apatah lagi majlis perkahwinan. Pemberian cenderahati adalah tanda ikhlas dari tuan rumah atas kesudian para tetamu hadir ke majlis yang di anjurkannya. 

Pemberian cenderahati bukan hanya dari orang perseorangan bahkan syarikat-syarikat besar juga mengamalkannya. Pada majlis Makan Malam Tahunan ( Annual Dinner ) yang biasanya diadakan di hotel-hotel, cenderahati atau bahasa mereka 'Door Gift' diberikan kepada setiap pekerja yang hadir.

Cenderahati itu sendiri ada tema yang telah ditetapkan. Apakah pandangan anda bila anda melihat kepada cenderahati yang diterima pada majlis perkahwinan yang dihadiri?

Adakah pemberian cenderahati itu hanyalah ikutan semata-mata. Suka kami merujuk kepada pemberian cenderahati dengan bag yang di dalamnya ada gula-gula dan kerepek sahaja. Pada perkiraan, kadang-kadang harga bag lebih mahal dari isinya dan bag itu dibuang juga akhirnya.

Orang-orang dulu hanya akan memberi telur rebus yang diletakkan di dalam kotak kecil atau dibalut dengan sapu tangan kecil atau kadang-kadang dibalut dengan tisu sahaja. Orang Johor pula selalunya akan membuat Telur Pindang. Untuk saudara mara atau kenalan rapat dan jiran tetangga akan mendapat Bunga Telur (telur yang diikat pada setangkai bunga plastik dan disusun menjadi jambangan sebagai perhiasan di pelamin a.k.a. Bunga Pahar)

Sekarang barang yang dijadikan cenderahati tidak terikat pada telur rebus atau pindang sahaja, bermacam-macam barang boleh dijadikan cenderahati. Dari sapu tangan, kipas tangan, cokelat, cawan atau mug hinggalah kepada Kek Lapis atau Kek Buah.

"Apakah barangan yang sesuai untuk cenderahati majlis perkahwinan saya?" Soalan yang selalu bermain di dalam fikiran bakal-bakal pengantin. Jawapannya mudah sahaja. Soalan dijawab dengan soalan. Berapakah budget anda untuk cenderamata? Ikut sahaja budget anda dan dapatkan barangan didalam lingkungan budget anda dan tema anda. Mudah bukan. Nilai cenderahati itu tidak semestinya mahal. Jenis barangan ada di semua rangkaian kedai barangan perhiasan pengantin atau menempah dari syarikat atau orang perseorangan yang membuat cenderahati untuk majlis-majlis keraian. 

Anda boleh search keywords: cenderahati, cenderamata, cenderahati perkahwinan, door gifts, favors, wedding favors / favours atau party favors / favours. Tukar ke Images Search.

Cenderahati Majlis Aqiqah dan Bercukur

Anecdote: 3 tahun lepas berkesempatan menghadiri perkahwinan salah seorang saudara di Dewan Azalea Johor Bahru. Cenderahati yang kami terima adalah Kek Buah Kukus (homemade lagi), beratnya kira-kira 1 paun setiap satu. Terima kasih keluarga pengantin. Semoga perkahwinan mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat. 

2 tahun lepas pun dapat Kek Buah Kukus daripada salah seorang saudara yang mengadakan kenduri perkahwinan anaknya di Taman Pulai Indah, Johor Bahru. 2 paun juga beratnya walaupun dapat hanya sebiji.

Tahun lepas jarang dapat menghadiri majlis perkahwinan saudara mara sebab tarikhnya sama dengan jadual katering yang kami kelolakan.


Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring