Meja Makan Pengantin yang biasanya terdiri dari 8, 10, 12,14 hingga ke 16 kerusi. Selain dari kedua Pengantin, siapa lagi yang perlu atau berhak duduk di kerusi-kerusi yang telah disediakan ini ?
Meja Makan Pengantin |
Dari pemerhatian kami dan bual bicara dengan kedua ibubapa pengantin, yang selalunya selepas majlis berakhir. Mereka mengakui terdapat kekeliruan atau tiada lansung perancangan untuk menetapkan siapa yang harus duduk di kerusi Meja Makan Pengantin semasa Acara Makan Beradab. Perkara ini selalu terlepas pandang.
Pihak Pengantin dan Ibubapa Pengantin perlu awal-awal lagi menetapkan nama-nama waris terdekat untuk duduk di kerusi Meja Makan Pengantin. Ini adalah untuk mengelakkan acara tarik menarik antara saudara mara atau tercari-cari orang untuk Makan Bersama Pengantin.
Biarlah kedua-dua belah pihak samada tuan rumah atau dari yang bertandang sama ramai di Meja Makan Pengantin ini. Janganlah semuanya dari keluarga tuan rumah atau dari keluarga yang bertandang.
Anekdote: Komplen dari Mak Pengantin....sebelah dia dahlah semua orang dia... kenduri sebelah kita pun semua orang dia. Macam mana ni??? Paling risau kalau mak pengantin komplen buruk tentang makanan 'servis' yang diberikan.
Rasa Mewah Catering
Sharing is Caring
Anekdote: Komplen dari Mak Pengantin....sebelah dia dahlah semua orang dia... kenduri sebelah kita pun semua orang dia. Macam mana ni??? Paling risau kalau mak pengantin komplen buruk tentang makanan 'servis' yang diberikan.
Rasa Mewah Catering
Sharing is Caring