Skip to main content

Hidangan Makan Beradab Pengantin

Majlis Perkahwinan di Johor Bahru tidak berseri tanpa adanya Makan Beradab untuk kedua mempelai pengantin . Makan Beradab diadakan untuk meraikan kedua mempelai bagai Raja dan Permaisuri
            Raja Sehari lah katakan.
Satu tempat khas yang terdiri dari meja panjang disusun dan  dialas rapi serta dihias cantik. Bunga-bunga hidup pelbagai warna dan corak digubah menaikkan lagi seri di Meja Makan Beradab . Peralatan makan seperti pinggan, gelas dan sudu garpu yang mewah dan menarik disusun rapi untuk Kedua Mempelai dan tetamu yang dihormati. Buah-buahan seperti tembikai dan betik seumpamanya digubah menjadi kuntuman bunga untuk menjadi hiasan utama. 

Makanan yang dihias dan digubah cantik menaikkan lagi seri dan selera untuk tetamu dan kedua mempelai. Jikalau dulu orang menghias dan mengubah makanan untuk acara Makan Beradab ,gubahan mereka sangat unik. Digubahnya makanan tertentu menjadi bentuk seperti  burung atau bunga. Telur-telur puyuh dicucuk pada sebatang lidi  dan di susun menggelilingi nenas. Makanan ini biasanya  digubah untuk hiasan di Meja Makan Beradab atau kalau dimakan pun selepas habis majlis oleh para saudara mara dan sahabat handai. 
              Kesian pengantin dapat tengok je lah
Zaman telah berubah, cara gubahan ( food styling ) juga berubah . Tiada lagi bunga- bunga lada kembang yang lebih besar dari makanan digunakan untuk menghias. Gubahan lebih bercorak sederhana tetapi menarik. Mungkin lebih kearah Chinese Food Styling

Menu istimewa pada acara Makan Beradab biasanya terdiri dari Ikan , Ayam Golek , Udang dan juga pembasuh mulut serta buah-buahan. Kedua mempelai dilayan oleh pelayan khas pada hari istimewa mereka. Setiap makanan dari menu istimewa ini akan dipotong dan dihidang oleh pelayan yang akan sentiasa membantu mereka sepanjang acara Makan Beradab Pengantin.

Kami di RasaMewah.com menyediakan Hidangan Makan Beradab Pengantin untuk pakej perkhidmatan katering kami. Makanan dan perkhidmatan pelayan diberikan secara percuma untuk setiap pakej penuh yang disediakan oleh pihak kami. 

Hidangan utama untuk acara Makan Beradab pengantin yang terdiri dari ;
  • Ikan Kerapu Masak Masam Manis
  • Ayam Golek Kuzi ~ Nasi didalam ayam
  • Udang Laut Goreng bersos Lemon
  • Puding Koktel
  • Buah Anggur
Susun Atur Kerusi Makan Beradab Pengantin
Untuk tempahan katering sila klik Tempahan

Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring