Puding Koktel ' in Shot Glass '

Puding koktel. Resepi dan cara membuatnya mudah, boleh didapati di banyak buku-buku resepi dan di internet. Menu yang terdiri dari campuran tepung castard, susu, gula dan sedikit perisa vanila.

Cocktail Pudding in shot Glass 
Untuk mendapat hasil yang baik, gunakan tepung kastard jenama " Bird's Custard ". Puding Koktel dimakan dengan buah-buahan campuran ( Fruit Cocktail ). Cuba gunakan Fruit cocktail jenis Premium atau Mediterranean kerana mempunyai campuran buahan yang berbagai berbanding dengan jenis Tropical yang hanya banyak buah Nenas !!! . Menambah buah peach lagi menyedapkan hidangan ini.

Biasanya orang membuat 'kuah'nya dari susu cair yang dimasak. Pihak kami tidak menambah  'kuah' lain, hanya menggunakan air dari buahan campuran itu. 

Sedikit potongan buah kiwi dan strawberry menaikan seri kepada hidangan ini. Puding koktel adalah antara pencuci mulut ( dessert ) yang mudah untuk hidangan pengantin. Sedikit kreativiti untuk menghiasnya diperlukan bagi setiap hidangan pengantin. Gunakan dessert cup untuk hidangan pengantin. Untuk hidangan para tetamu adalah cantik menggunakan 'shot glass'.

Sedap dimakan jika disejukkan di dalam peti ais.


Anekdote: Masalah kami menggunakan shot glass ini ialah para tetamu ada keinginan untuk membawa balik hidangan Puding Koktel ini dengan gelas-gelasnya sekali. Terpaksa menegur seorang Mak Cik yang cuba menyeludup keluar gelas ini apabila dia telah membungkus gelas ini dengan kertas tisu. Maaf ye Mak Cik...


Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring