Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Hidangan Dan Masakan Johor

Pengaruh Arab, Eropah dan Kepulauan Melayu telah mempelbagaikan hidangan dan masakan  di Johor.  Sebahagian masakan ini terlalu unik dan tidak didapati di negeri-negeri lain. Cara memasak yang berbeza dan resepinya yang tersendiri membuatkannya terlalu istimewa untuk orang Johor. Terdapat beberapa hidangan yang anak-anak muda Johor sendiri tidak tahu kewujudan dan cara memasaknya. Sekarang hampir kesemua masakan Johor boleh didapati pada setiap masa dan tidak hanya pada waktu-waktu perayaan sahaja.   Halwa Maskat | Kacau Keledek | Wajik Di Jadikan Sebagai Kek Pengantin Laksa Johor   adalah masakan yang begitu senonim dengan orang Johor. Berbeza dengan laksa-laksa lain kerana kuahnya dimakan bersama 'Spaghetti'. Pengaruh Eropah telah mengubah cara hidangan masakan ini. Spaghetti ini lebih kurang 15 helai akan digulung-gulung seperti satu bulatan dan dipanggil 1 chap. Prosesnya dipanggil mengechap Mee Bandung Muar  memang berasal dari Johor. Ia amat porp

Budget Perkahwinan ~ Dimanakah Silapnya. Bahagian 1

Bakal-bakal pengantin selalu memikirkan berapakah jumlah wang yang sepatutnya perlu ada untuk tampung majlis perkahwinan mereka. Ada yang siap tanya rakan-rakan yang baru kahwin " Berapa kau habis buat majlis ni semua ". Bila mendengar rakan menjawab "Adalah dalam RM 30 Ribu" . dalam hati terus berkata " Kalau macam ni banyaknya duit yang kena ada, tak kahwinlah aku sampai ke Tua " Majlis Makan Malam Berhidang | Wedding Dinner  Ada yang sampai buat dua kerja... pagi pergi kerja biasa, malam buat part-time jual berger ataupun jadi attendan pam minyak sebab nak cari duit lebih. Ada juga yang daftar jadi ahli MLM ala-ala Skim Cepat Kaya dengan harapan modal yang sedikit dapat memberikan pulangan yang Ribu-Ribu. Boleh tampung budget perkahwinan mereka. Sebelum menentukan berapakah jumlah wang yang perlu ada untuk menampung budget perkahwinan, kita perlu lihat " Bagaimanakah bentuk majlis perkahwinan yang kita inginkan ".

Cenderahati | Cenderamata | Door Gift

Hendak menggunakan perkataan Cenderahati atau Cenderamata.  Setelah dirujuk di sini kedua-dua perkataan ini sama erti dan maksudnya. Orang Johor menamakannya sebagai Kembal iaitu bakul kecil daripada mengkuang. Dulu bag kertas atau bag plastik ( yang cantik ) masih tiada dalam pasaran lagi. Boleh dikatakan setiap majlis keraian, walau sekecil majlis seperti aqiqah dan bercukur pun ada cenderahati. Apatah lagi majlis perkahwinan. Pemberian cenderahati adalah tanda ikhlas dari tuan rumah atas kesudian para tetamu hadir ke majlis yang di anjurkannya.  Pemberian cenderahati bukan hanya dari orang perseorangan bahkan syarikat-syarikat besar juga mengamalkannya. Pada majlis Makan Malam Tahunan ( Annual Dinner ) yang biasanya diadakan di hotel-hotel, cenderahati atau bahasa mereka ' Door Gift ' diberikan kepada setiap pekerja yang hadir. Cenderahati itu sendiri ada tema yang telah ditetapkan. Apakah pandangan anda bila anda melihat kepada cenderahati yang di