Spaghetti Bolognese antara resepi mudah disediakan. Pelbagai versi dan kandungan bahan yang asli atau ikut suka tukang masak di campur kedalam kuahnya. Bahan asas untuk Spaghetti Bolognese Sauce adalah Minyak Zaiton, Bawang Putih, Bawang Besar, Daging Cincang, Tomato Juice, Tomato Puri, Cheddar Cheese, Mix Italian Herb, Oregano dan hirisan cendawan butang . Bawang ditumis bersama minyak dan masukkan daging sehingga masak. Campurkan semua bahan-bahan lain dan reneh sehingga masak. akhir sekali masukkan Cheddar Cheese dan reneh lagi, tambah serbuk perasa, gula, serbuk lada hitam dan garam. Sila klik pada gambar untuk saiz lebih besar Celurkan pasta spaghetti kedalam air yang mendidih dan masak sehingga empuk. Gunakan spaghetti yang bersaiz besar seperti Spaghetti Selva bersaiz no 4 atau dari San Remo . Setelah lembut, keringkan air dan boleh dimakan terus bersama sauce nya. Jik...