Spaghetti Bolognese antara resepi mudah disediakan. Pelbagai versi dan kandungan bahan yang asli atau ikut suka tukang masak di campur kedalam kuahnya.
Bahan asas untuk Spaghetti Bolognese Sauce adalah Minyak Zaiton, Bawang Putih, Bawang Besar, Daging Cincang, Tomato Juice, Tomato Puri, Cheddar Cheese, Mix Italian Herb, Oregano dan hirisan cendawan butang . Bawang ditumis bersama minyak dan masukkan daging sehingga masak. Campurkan semua bahan-bahan lain dan reneh sehingga masak. akhir sekali masukkan Cheddar Cheese dan reneh lagi, tambah serbuk perasa, gula, serbuk lada hitam dan garam.
Sila klik pada gambar untuk saiz lebih besar
Celurkan pasta spaghetti kedalam air yang mendidih dan masak sehingga empuk. Gunakan spaghetti yang bersaiz besar seperti Spaghetti Selva bersaiz no 4 atau dari San Remo. Setelah lembut, keringkan air dan boleh dimakan terus bersama saucenya. Jikalau memasak dalam kuantiti yang banyak dan hendak dihidang kemudian, remdamkan spaghetti yang telah masak ini kedalam air sejuk. Pastikan ia benar-benar sejuk, baru di keringkan.
Note: Jangan masukkan garam dan sebarang minyak kedalam periuk semasa memasak pasta spaghetti ini. Ia akan menyebabkan spaghetti sauce tidak melekat semasa kita memakannya.
Taburkan daun Parsley dan Parmesan Cheese keatas hidangan ini. Enak dimakan semasa kuah masih panas.
Anecdote : Spaghetti Bolognese adalah antara hidangan di Majlis Perkahwinan yang di kendalikan oleh Rasa Mewah Catering. Khasnya makanan ini adalah untuk kanak-kanak yang tidak sukakan makanan pedas ataupun nasi. Tapi Mak Budak pun tidak ketinggalan menjamah hidangan ini.
Anecdote : Spaghetti Bolognese adalah antara hidangan di Majlis Perkahwinan yang di kendalikan oleh Rasa Mewah Catering. Khasnya makanan ini adalah untuk kanak-kanak yang tidak sukakan makanan pedas ataupun nasi. Tapi Mak Budak pun tidak ketinggalan menjamah hidangan ini.
Sharing is Caring