Skip to main content

Bila Resepi Asli Ikut Sedap Tukang Masak

Semakin banyak Buku Resepi dan Online Blog Resepi di pasaran sekarang. Semakin banyak juga Resepi Asli Turun Temurun yang rosak dek kerana ikut sedap dan selera Tukang Masak. Bila kita menjamah sesuatu juadah itu, kita akan terbayang, apakah rasa dan campuran yang perlu ada pada sesuatu masakan.

Laksa Johor memang terkenal dengan keaslian resepinya, Kuahnya di makan bersama Laksa Beras atau Spaghetti. Tapi bila lihat ada kacang panjang diantara ulam yang dihidang, lalu terfikir Rosak Laksa Johor dikerjakannya.

Daging dan Telur Briyani
Penah terlihat seorang tukang masak mencampurkan kerisik kelapa kepada adunan rempah beriani dan pernah terbaca satu resepi masak briyani di sebuah Majalah Resepi, serai juga dimasukkan kedalam ramuan rempah untuk memasak daging briyani. Ohhh sedihnya apabila resepi briyani ditukar hingga begitu rupa. Janganlah memandai-mandai.

Di Malaysia, masakan rendang ada beberapa versi, dari Rendang Tok di Perak hinggakan kepada Rendang Johor. Ada rendang yang dimasukkan ketumbar,jintan serta buah keras dan ada yang tidak dimasukan semua itu. Saya amat suka merasai semua rendang yang berbagai pesen ini pada Pagi Hari Raya di Rumah Mertua, Kg Melayu Majidee.

Sudah menjadi tradisi jiran tetangga bertukar-tukar juadah di pagi hari raya. Biasanya terdapat lebih dari 10 jenis rendang di atas meja makan didapur Mak Mertua saya. Semua jenis rendang ini berbeza rasa dan juga rupa. Tapi kesemua jiran mak mertua saya orang Johor. Kenapa jadi macam ni?

Buah-Buahan Pelengkap Hidangan
Resepi sesuatu hidangan itu biarlah kekal dan tidak diubah hingga merosakkan rasa dan rupanya. biarlah ia Asli dan kekal hingga ke Anak cucu kita.


Anekdote: Pernah memberikan perkhidmatan katering di sebuah taman perumahan di Johor Bahru. Tuan rumah telah memesan Roti Jala dan kuahnya dari orang lain, Roti Jala Ok, cuma kuahnya macam kari ayam untuk makan nasi, cair dan potongan kentang serta ayam yang besar-besar. Bukan Johor punya resepi walaupun roti jala adalah masakan Johor.

Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring