Roti Jala juga dipanggil Roti Kirai adalah makanan yang popular di Johor. Sesuai di hidang di majlis-majlis keraian besar dan kecil. Resepi untuk menu ini adalah mudah dimana tepung, telur, air, sedikit garam dan juga sedikit minyak dicampur lalu diadun. Ada juga orang menambah santan pekat kedalam adunan Roti Jala ini. Untuk mengelakkan tepung berketul-ketul dan kena ditapis sebelum dikirai, adalah mudah menggunakan 'blender' untuk mengadun.
Roti Jala dan Kari Ayam |
Untuk mengirai, kuali leper hendaklah disapu dengan sedikit minyak dan dipanaskan dengan api yang sederhana. Kirai adunan tadi menggunakan Acu Roti Jala. Jikalau adunan tadi melenting-lenting apabila dikirai, ini bermakna adunan tadi terlampau cair atau api terlalu panas. Dapatkan kecairan adunan dengan sedikit demi sedikit menambah tepung. Ini hanya dapat dilakukan apabila dua ketiga kali percubaan mengirai dilakukan.
Hanya perlu menyapu minyak pada kuali itu jika terlampau kering sahaja. Jangan berlebihan nanti Roti Jala yang terhasil akan berminyak.
Kari Ayam untuk Roti Jala
Kari Ayam ini tidak sama seperti Kari Ayam untuk makan nasi dari segi saiz dan kepekatan kuahnya. Ayam akan dipotong dadu sebesar 1cm x 1cm. Begitu juga kentang dan lobak merah. Kuahnya memang pekat !
Anekdote: Orang Johor akan melipat Roti Jala yang telah masak ini seperti di dalam gambar diatas atau menyusun diatas pinggan setinggi 30 keping dan dibelah 4.
Rasa Mewah Catering
Sharing is Caring
Sharing is Caring