Skip to main content

Butik Pengantin di Pameran Perkahwinan

Adakah anda sedang mencari Butik Pengantin untuk majlis Perkahwinan ? Pasangan yang bakal melansungkan  majlis perkahwinan, akan mencari butik pengantin idaman agar hari bahagia menjadi memori indah dalam hidup mereka.

Pameran Perkahwinan atau " Wedding Exhibition " menjadi tempat kepada ramai pengusaha butik-butik pengantin untuk mempamerkan hasil kerja  dan pakej-pakej andaman yang mereka tawarkan. Bermula dari persalinan atau Baju pengantin,  Hiasan Meja Makan Beradab Pengantin Pengantin, Pelamin hinggakan kepada Hiasan Bilik Tidur. Terdapat juga butik pengantin yang menawarkan perkhidmatan Juru Solek ataupun Photographer. Ada juga yang menawarkan di dalam pakej mereka bersama perkhidmatan katering dan  Penyewaan khemah atau canopy
.
Kek Perkahwinan 
Kepada bakal-bakal pengantin baru, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Wedding Expo ataupun Pameran Perkahwinan yang diadakan berhampiran kediaman anda. Jika anda di Johor Bahru, ia biasanya diadakan di Plaza Angsana ataupun di Danga City Mall Exhibition Centre. Kunjungilah booth butik-butik pengantin yang ada. Dapatkan tawaran pakej yang bersesuaian dengan bajet anda.

Sup Ekor antara Menu Majlis Pernikahan
Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring