Bila memikirkan jenis khemah yang akan di sewa pada Majlis perkahwinan. Soalan pertama, adalah harga dan cara khemah itu dihias. Menjadi pilihan samada Pengantin atau Mak Bapak Pengantin untuk menggunakan khemah atau canopy yang berhias cantik, kalau boleh mengikut Tema.
Khemah Jenis A |
Masalah khemah jenis A atau Khemah berbentuk seperti rumah ini akan timbul apabila hari hujan turun dengan lebatnya. Hujan tu biasanya tak lah lama sangat, setengah jam sahaja. Atas sebab untuk menyenangkan kerja, pihak khemah "biasa"nya tidak mengikat canvas bumbung dengan tegang dan boleh menyebabkan air akan bertakung sehingga menjadi terlampau banyak dan khemah akan roboh apabila semua besi alang yang digunakan bengkok. Kalau khemah dah roboh... rosak majlis tuan rumah.
Bukan bermaksud khemah jenis A tidak sesuai digunakan. Kalau tuan khemah perihatin akan masalah yang akan timbul, mengikat canvas bumbung dengan tegang, cukup alang bumbung digunakan, masalah khemah runtuh tidak akan timbul.
Khemah | Canopy Arabian |
Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, harap tuan khemah lebih perihatin.
Anekdote: Baru-baru ini mengadakan majlis di Taman Kobena Johor Bahru, nasib baik khemah tidak runtuh. Sampai 5 ke 6 orang terpaksa membuang air yang dah bertakung banyak di bumbung khemah.
Rasa Mewah Catering
Anekdote: Baru-baru ini mengadakan majlis di Taman Kobena Johor Bahru, nasib baik khemah tidak runtuh. Sampai 5 ke 6 orang terpaksa membuang air yang dah bertakung banyak di bumbung khemah.
Rasa Mewah Catering