Skip to main content

Kambing Aqiqah : Proses Penyembelihan dan Melapah

Kambing Aqiqah akan disembelih di pusat sembelihan penjual kambing itu sendiri. Sebelum proses sembelihan, nama anak yang hendak di aqiqahkan akan diberi kepada seorang ustad merangkap tukang sembelih. Proses sembelihan hanya mengambil masa beberapa saat sahaja.

Proses melapah juga tidak lama dan kambing akan dipotong mengikut kehendak tuan rumah samada untuk dipanggang seekor-seekor, BBQ atau potongan Buffet. Organ dalaman kambing akan diasingkan daripada daging dan tulang. 

Kambing yang siap dilapah dan dipotong akan dibersihkan untuk dipanggang atau dimasak stew atau kuzi ataupun briyani. Semuanya atas kehendak tuan rumah. Pihak katering juga akan menyediakan makanan lain seperti nasi hinggakan kepada air minuman.




  





Untuk perkhidmatan katering lengkap boleh dilihat di Pakej Perkhidmatan Katering. Menu atau jenis masakan boleh didapati di Menu. Untuk kambing itu di Panggang boleh di lihat di Kambing Panggang Catering.


Anecdote 1 : Gambar Sembelihan dan Melapah di atas telah di ambil di Osman Goat Farm.
Untuk menempah Kambing Aqiqah atau Korban sila berhubung terus dengan pihak pengurusan Osman Goat Farm di alamat seperti di bawah;


Osman Goat Farm ( klik link untuk ke website )
No 38 Jln Enau
Kangkar Tebrau
81100 Johor Bahru
Johor
( 012 753 2890 / 012 761 1451 )


Anecdote 2 : Pada pertengahan bulan Syawal lepas, pihak kami memberikan perkhidmatan katering Aqiqah di Damansara Alif Puteri Johor Bahru. Seekor + 2 peha kambing di panggang dan yang lainnya dimasak merah ( 2 ekor kambing). Hidangan lain terdiri dari  Nasi Briyani Moghul, Ayam Masak Merah, Dalca, Acar Buah. Menu untuk air agak istimewa iaitu Air Buah Tembikai yang di blend ( Juicer Blender ) Fresh . 


Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring