Skip to main content

Pakej Perkhidmatan Katering

Pakej Perkhidmatan Katering adalah berbeza antara setiap Caterer ataupun Tukang Masak. Kalau tukang masak, dia hanya akan menyediakan masakan sahaja tidak termasuk perkhidmatan-perkhidmatan lain. Pandai-pandailah tuan rumah menyediakan kelengkapan  hidang, pinggan mangkuk dan juga pelayan.
"Harga kira macam mana ye? Kira kepala ke?" Soalan lazim yang biasa kami terima. Jawapannya juga dengan jawapan yang lazim. "Kami ada pakej untuk setiap tempahan... harga tertakluk kepada menu pilihan dan jumlah jemputan". 
"Pakej katering Perkahwinan berbeza dengan pakej kenduri kecil-kecilan atau sederhana. Pakej katering perkahwinan terdiri daripada jamuan makan secara Buffet ataupun secara Hidang, Boleh lihat di sidebar sebelah, dibawah kategori "Pakej Katering"
Apakah Pakej Perkhidmatan Katering kami?
Perkhidmatan kami meliputi;
  • Penghantaran makanan dan kelengkapan
  • Makanan dari menu pilihan anda dan hiasan (garnish)
  • Kelengkapan menghidang makanan secara Buffet atau Hidang
  • Kelengkapan Makan ( Pinggang, Gelas, Mangkuk, Piring Kuih/Buah, Sudu dan Garpu *
  • Tempat Basuh Tangan dan Serviettes / Table Napkin bermutu **
  • Kelengkapan Makan dan Hidang untuk VIP / VVIP
  • Pelayan Beruniform [ bergantung kepada jumlah jemputan ]
  • Lilin Pemanas Makanan untuk Buffet Set dan Stainless Steel Serving Dome.
  • Perkhidmatan pembersihan sampah dan kotoran di bahagian penyediaan makanan.
  • Tiada penggunaan kelengkapan polystrene ataupun pakai buang.
  • Kelengkapan yang telah kotor tidak akan dibasuh ditempat majlis diadakan.
*   Kelengkapan makan bergantung kepada jenis menu pilihan
** Bergantung samada makan secara buffet atau hidang

Terma dan Syarat  
  • Harga dan pakej katering tertakluk kepada harga barangan semasa dan sah setelah penerimaan wang pendahuluan tempahan tarikh.
  • Tambahan Meja VIP / VVIP akan dikenakan bayaran selain yang telah dipersetujui semasa tempahan.
  • Tambahan menu yang ditempah dari pihak lain akan dikenakan bayaran corkage untuk perkhidmatan penggunaan kelengkapan makan, menghidang dan pembersihan.
  • Cara pembayaran adalah 10% semasa tempahan tarikh, 70% , 30 hari atau seminggu sebelum majlis [bergantung kepada jenis majlis] dan bayaran akhir 20% sejurus selepas majlis.
Hidangan Makan Beradap Pakej Katering Perkahwinan
Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring