Skip to main content

5 Perkara Yang Perlu di Ambil Perhatian Semasa Majlis Perkahwinan

Pihak katering adalah orang yang akan sentiasa berada di sepanjang masa untuk sesuatu majlis perkahwinan diadakan. Dari pengalaman dan pengamatan kami terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan atau diambil perhatian oleh tuan rumah atau kedua mempelai.

  1. Tempat Makan Beradab Pengantin, untuk yang mengadakan majlis perkahwinan di rumah. Jikalau tempat Makan Beradap terletak di bawah khemah, kena pastikan bahagian belakang bukan sahaja direntang dengan kain tabir yang digubah oleh andaman tetapi perlu juga ada tabir canvas untuk menghalang tempias air hujan.  Pernah terjadi kepada satu majlis perkahwinan dimana kami dilantik sebagai caterer, habis kuyup semua kerusi dan meja makan beradab pengantin disebabkan tiada kanvas yang disediakan semasa hujan turun dengan lebat.
  2. Meja untuk hidangan buffet terletak di bawah salur air antara dua khemah. Kedudukan meja buffet seperti ini adalah tidak sesuai dan perlu dielakkan. Andaikatalah pada hari itu hujan turun dengan lebat, biasanya salur air yang disediakan tidak mampu untuk menampung jumlah air yang turun dan akan membasahi makanan yang terletak dibawahnya.
  3. Pengantin lelaki biasanya akan memakai samada Songkok, Tanjak | Tengkolok ataupun  "Bow Tie" manakala pengantin perempuan pula memakai Tiara bergantung kepada pakaian | dress pengantin tersebut. Kedua mempelai perlu memastikan pemakaian tanjak atau tiara ini sentiasa kemas dan berada pada kedudukan yang sepatutnya. Begitulah  juga dengan "bow tie". Kedua pasangan mempelai perlu sentiasa 'check' antara satu sama lain sepanjang majlis supaya pemakaian alas kepala ini sentiasa betul. Janganlah selepas majlis baru sedar, Tiara di kepala senget disemua gambar yang diambil. Kepada yang teringin memakai "Bow Tie " , pakailah jenis yang perlu diikat macam ikat "tie" biasa. kalau pakai yang jenis letak sahaja, memanglah senang, tapi Awas ia juga senang senget. Cuba dapatkan juru gambar yang profesional yang sentiasa peka kepada keadaan.
  4. Makanan tidak cukup walaupun majlis belum berakhir. Perkara yang menjadi igauan kepada tuan rumah. Pihak katering adalah wakil tuan rumah didalam penyediaan makanan kepada para tetamu. Dapatkan katerer yang berpengalaman. Pada kami perlu ada kejujuran antara pihak tuan rumah dan katerer untuk mengelakkan daripada masalah ini berlaku.
  5. Bunga atau bekas lilin terlalu tinggi atau besar di hadapan pengantin semasa acara Makan Beradab. Mungkin ia atau tidak, ia menjadi masalah kepada jurugambar untuk mendapat "angle" yang baik . Bergantung kepada jurugambar anda.
Gambar pengantin akan terlindung oleh bekas lilin yang besar ini


Semoga menjadi panduan kepada ibu bapa atau bakal pengantin. Artikel ini ditulis atas pengalaman dan pengamatan kami dan tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring