Dewan Utama UniKL Seri Alam Pasir Gudang

Dewan Utama UniKL terletak bersebelahan dengan Surau  As Shafie Universiti Kuala Lumpur [ MITEC ] di Bandar Baru Seri Alam Pasir Gudang. Dewan ini masih baru dan mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Kemudahan tempat meletakkan kenderaan yang luas serta sebuah surau yang besar di sebelah kirinya. Terdapat sebuah bangunan kafeteria dibelah kanan dewan ini.

Kemudahan penggunaan Slide Projector serta Sistem Audio yang sedia ada di dewan ini. Untuk tujuan sewa dewan ini, sila berhubung terus dengan pihak pentadbiran UniKL. [Klik










Gambar di atas adalah dari Majlis Perkahwinan Dr Muhammad Hafiz dan Dr Khairunizah. Kami dari Rasa Mewah Catering mendoakan agar jodoh kedua mempelai hingga ke akhir hayat hendaknya. Amin 

Anecdote 1 : Slide Show kedua mempelai sedari kecil, alam persekolahan, remaja, menuntut jurusan perubatanan, pertunangan hingga ke alam berumah tangga di pertontonkan kepada tetamu yang hadir melalui layar besar yang terletak diatas pentas,

Anecdote 2 : Memandangkan Dewan Utama UniKL ini adalah terlalu besar, Rasa Mewah Catering telah meletakkan dan susun Atur Buffet Line di tengah-tengah dewan . Ini dapat memaksimakan penggunaan dewan dan tampak lebih menarik. Terima kasih kepada pihak penyedia kerusi meja dan andaman kerana memberikan kerjasama kepada pihak kami.

Anecdote 3 : Terima kasih kepada Tn Hj Hamzah dan Pn Hjh Maimunah kerana memberikan kepercayaan kepada Rasa Mewah Catering menyediakan makanan yang sedap dan banyak pilihan kepada para tetamu yang hadir.

Anecdote 4 : Dimanakah Unikl Seri Alam Pasir Gudang. Sila lihat pada imej peta diatas dan klik untuk pembesaran.

Anecdote 5 : Terima kasih kepada pihak pentadbiran Universiti, terutama En. Shamsuri. Pihak kami tidak dapat menggunakan ruang pantri yang sedia ada kerana saiznya yang terlalu kecil untuk keseluruhan kelengkapan dan makanan yang dibawa. Moga berjumpa di lain waktu.     

Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring