Dewan PPWJ Taman Perling Johor Bahru

Dewan PPWJ ini terletak di Jalan Camar 4 Taman Perling dibawah Komplek Pusat Perlindungan Wanita Johor bersebelahan dengan Masjid Taman Perling. Ia dibina dengan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji [ JAWHAR ] dan Majlis Agama Islam Johor [ MAIJ ] . Pusat ini hanya akan beroperasi pada bulan Mac 2012.

Majlis perkahwinan yang dikendalikan oleh pihak Rasa Mewah Catering ini, adalah Majlis Perkahwinan kali yang kedua yang diadakan di dewan ini. Oleh sebab dewan ini masih baru, pihak kami hanya menamakannya sebagai Dewan PPWJ Jalan Camar Taman Perling Johor Bahru. Untuk tujuan sewa dewan ini, sila berhubung terus dengan pihak pengurusan PPWJ.   
Sila klik pada gambar untuk saiz lebih besar.







Gambar diatas adalah dari Majlis Persandingan Cik Fatin Farhanah dan En. Azim. Semoga kedua mempelai dipanjangkan jodoh hingga keakhir hayat. Amin.

Menu pada hari bahagia Cik Fatin Farhanah terdiri dari set Nasi Briyani berlauk Kambing Briyani, Daging Briyani, Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan Acar Buah. Kek Coklat dan Carrot Cake, Puding cocktail dan Fruit Tartlet beserta Prawn Cocktail. Air Sunquick Oranges bersirap ros dan Kopi O + Teh O. Spaghetti Bolognese dan juga Laksa Johor serta Chocolate Fountain atas permintaan Cik Fatin.

Istimewa untuk Cik Fatin, Udang Pengantin diatas Kapal Layal...Bon Voyage

Anecdote 1 : Kembal atau Cenderahati untuk para tetamu yang hadir dari keluarga En. Mohd Isa dan Isteri berupa Note Book beserta Telur Pindang Johor.  

Anecdote 2 : Live Band Music telah didatangkan khas dari Kuala Lumpur untuk hiburan tetamu yang hadir. Nyayian abang-abang band ni menyebabkan tetamu tak nak bangun dari meja, makanan pun banyak pilihan .... apalagi, acara makan-makan sambil berhibur...

Anecdote 3 : Maaflah Cik Pengantin sebab tak dapat sertakan gambar Chocolate Fountain anda disini. Permintaan terlampau tinggi hingga tak sempat mengambil gambar. 8 kg chocolate telah diterjunkan. 


Rasa Mewah Catering