Pernikahan di Masjid Mutiara Rini

Masjid Mutiara Rini terletak di Jalan Persiaran Jasa 2, Taman Mutiara Rini, 81300 Skudai Johor. Bangunan tambahan seperti Rumah Kediaman untuk Imam Masjid dan Dewan Serbaguna sedang dalam pembinaan dan hampir siap keseluruhannya. Lebih Istimewa masjid ini mempunyai ruang legar yang luas di pintu masuk yang membolehkan lebih 25 meja 8 orang diletakkan  dan  terdapat sebuah stage yang telah sedia ada disitu.

Seakan satu trend, sekarang ini mengadakan Majlis Pernikahan di dalam Masjid, Sempena mengambil Keberkatan Masjid serta memudahkan Jurunikah untuk hadir. Kemudahan yang terdapat di masjid seperti ruang yang luas memberikan keselesaan kepada para tetamu yang hadir. Pelbagai kemudahan asas serta ruang meletakkan kenderaan yang luas juga adalah antara faktor ia menjadi pilihan.
    
Sila klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar











Anecdote1 : Gambar di atas adalah dari perkhidmatan katering Majlis Pernikahan Pn Siti Aisyah dan En. Mohd Hazrin yang bertemakan Biru Laut di Masjid Mutiara Rini Johor Bahru.

Anecdote 2 : Menu untuk Majlis Pernikahan ini adalah Laksa Johor, Lontong Kering. Kuah Lodeh bersama Telur Puyuh , Agar-Agar Gula Melaka Bersantan, Karipap serta Air Teh Tarik dan Kopi O.  
Anecdote 3 : Kuih Apam PolkaDot yang ada gambar Angry Birds... LadyBird tu adalah pemberian dari saudara pengantin perempuan dari Melaka [ Kalau terbaca artikel ini bolehlah hubungi kami untuk kami war-warkan disini. Manalah tahu Orang Johor nak buat pesanan... senang sikit.

Anecdote 4 :  Kad Kahwin Pn Aisyah siap ada GPS Coodinate dan QR Code lagi....Moden. Boleh lihat di Kad Kahwin Terkini 


Update : Majlis Persandingan Cik Siti Aisyah dan Mohd Hazrin di Dewan JGCC


Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring