MGS Logistics Pasir Gudang

Perkhidmatan Katering di Pasir GudangMGS Shipping & Forwarding Logistics sempena Annual Dinner 2012. Majlis telah diadakan di perkarangan Pejabat Operasi mereka. Ahli keluarga pekerja turut hadir  dan diraikan dimajlis Makan Malam tahunan  ini.  

Pertunjukan Ahli Silap Mata dan berbagai pertandingan bagi kanak-kanak dan orang dewasa memeriahkan acara pada malam itu. Cabutan bertuah untuk para pekerja menjadi acara tarikan, dimana Hadiah Utama adalah 5 buah TV Plasma bersaiz 48" dan lebih. Majlis diakhiri dengan pertunjukan Bunga Api


 







Menu yang dipilih untuk Annual Dinner ini adalah terdiri dari Set Nasi Briyani bersama Ayam Merah, Dalca dan Acar Jelatah. Mee Siam bersama Ayam Goreng Berempah, Sotong Sambal, Udang Goreng, Isi ikan Masak Masam Manis dan Sayur Chap Chai.  Satay Ayam dan Kambing bersama ketupat daun kelapa.  Puding koktel ,aneka kek, buah-buahan dan air panas /  sejuk.

Anecdote 1: Menu Istimewa, Kambing Kuzi ( Masakan Kambing yang terdapat Nasi didalam perut kambing ) dari Dayang Catering. 2 ekor kambing kuzi, habis !!!

Anecdote 2 : Pada mulanya penganjur inginkan Kambing Panggang tetapi ditukar ke Kambing Kuzi. Rupanya yang hantar kambing kuzi adalah dari katering sedara juga. Dunia ini Bulat. 


Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring