Makan Malam Dewan TNB Kempas

Perkhidmatan katering Makan Malam Berhidang di Dewan TNB Kempas sempena Majlis Anugerah Persaraan [ Jasamu Dikenang TNB ] peringkat Negeri Johor. Semua para pesara hadir untuk  menerima Cenderahati dari TNB yang berupa Loket Emas

Para Pesara dan pasangan masing-masing dijamu dengan hidangan Set  Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Daging Briyani, Dalca Sayur dan Acar Buah. Puding Koktel beserta Buah-Buahan.  Air Sirap Oren  serta Kopi O dan Teh Tarik. 










Semua pegawai tinggi TNB Johor telah hadir untuk memberikan penghargaan kepada para pesara yang telah bersusah payah hadir ke majlis ini. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah, 3 buah TV Plasma sebagai hadiah utama.

Anecdote : Perbezaan antara Makan Berhidang " Malay Style" dan "Chinese Style" amat jauh sekali. Kami tidak memperkatakan mengenai menu masakan. Perbezaan yang akan kami tekankan adalah dari segi persiapan makanan untuk dihidang, pekerja dibahagian dapur dan pelayan di dewan makan serta sikap orang kita [ Melayu ] dimeja makan sewaktu jamuan diadakan. 

Untuk isu ini kami perlu membuat satu artikel khas tentang perbezaan Makan Berhidang Malay style dan Chinese Style.


Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring