Kad Kahwin Terkini GPS & QR Code

Orang dulu-dulu Kad Kahwin mereka pakai kertas A4 saja. Cyclostyle banyak-banyak pakai alat Gestetner. Dulu nak photostat, kosnya  mahal tahap melampau. Rasa-rasanya sekarang orang dah tak pakai lagi alat cyclostyle ini. 

Zaman kini telah berubah, proses percetakan juga berubah. Dari kad jemputan perkahwinan yang hanya berbentuk kertas A4 bertukar kepada yang berbau wangi !!! Ada yang sampai ke Indonesia sekadar hendak menempah kad kahwin yang terkini. Kalau nak ikutkan harganya, campur tolak tambang mau berbelas ringgit kos untuk satu kad kahwin.

Dengan perkembangan teknologi kad jemputan perkahwinan juga berubah 360°. Penggunaan Facebook dan Twitter memudahkan untuk pemberitahuan akan majlis yang akan diadakan. Dah tak perlu beratur panjang dan lama di pejabat POS untuk beli setem dan pos kad jemputan.  


Bentuk kad kahwin yang terkini dan Moden?
  1. Mesti ada GPS koordinat [ Global Positioning System Coordinate ]
  2. Mesti ada QR kod [ Quick Response Code ] 
GPS Coordinate & QR Code pada Kad Kahwin Terkini
Sila klik pada gambar untuk pembesaran dan lihat GPS Coordinate serta QR Code
Semakin ramai yang mengunakan Alat GPS untuk membantu didalam pemanduan, dengan adanya coordinate system yang telah diberikan akan memudahkan perjalanan mereka. 

Telepon semakin canggih, dengan adanya QR code ini lebih menyenangkan mereka meyimpan data mengenai tarikh, tempat, masa majlis kita, scan saja.  share ke SMS / facebook / e-mail.  

Bagaimana hendak mendapatkan koordinat tempat majlis yang akan diadakan?
Bagaimana hendak buat QR Code?

Soalan diatas akan dijawab pada artikel yang lain.


Anecdote 1: Lepas SPM dulu pernah jadi Budak Pejabat, tahulah juga macam mana nak guna alat cyclostyle Gestetner. Kertas dia warna kekuningan, bukan putih macam sekarang. Pusing pakai tangan, Masukan dakwat hitam, bekas dia macam ubat gigi dan  Gelek Stencil...manual.
Ini memang tahap lama betul- Museum Victoria
Anecdote 2: Selalunya kalau hantar barang katering ke  tempat yang tak pernah pergi, mesti nak kena print peta pakai Google Maps dulu baru senang nak jumpa tempat tu. 


Update :
Pernikahan Cik Siti Aisyah dan Mohd Hazrin di Masjid Mutiara Rini
Majlis Persandingan Cik Siti Aisyah dan Mohd Hazrin di JGCC

Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring