Dewan Banquet RJCC Johor Bahru

Dewan Banquet Royal Johor Country Club [ RJCC ] yang kini dikenali sebagai Johor Golf Country Club [JGCC ] terletak bersebelahan antara F&B Outlet dan juga Kolam Renang yang dikhaskan untuk ahli club.

Ini adalah kali kedua pihak Rasa Mewah Catering mengendalikan katering  perkahwinan secara Buffet di Waktu Malam. Pertama kali di kawasan Perumahan di Taman Universiti. Majlis Perkahwinan [ Wedding Dinner - Buffet ]  ini, walaupun ianya bersifat makan secara Buffet tetapi atas sebab waktu yang singkat dan jarang atau tiada  tetamu yang hadir selepas jam 10 malam serta kekurangan tempat duduk . Rasa Mewah Catering tidak mengalakkan jemputan melebihi 500 pax. kecuali tempat duduk mencukupi untuk semua para tetamu 

Majlis Makan Malam ini akan berjalan seiringan dengan ketibaan Pengantin untuk Bersanding dan Makan Beradab.  Hampir kesemua tetamu yang hadir akan pulang serentak apabila majlis berakhir

Sila klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar
 





















Menu untuk Majlis Perkahwinan Buffet Malam ini terdiri dari Set Nasi Briyani i.e Nasi Briyani Beras Pusa, Ayam Masak Merah, Daging Briyani + Telur, Dalca Kambing, Acar Buah, Buah-buahan, Aneka kuih - muih dan Puding, Fruit Tartlet serta kek, Air  Lemon Blue, Air Mata Kucing, Kopi O dan Teh O. 

Menu sampingan pula terdiri dari Kambing Panggang 3 ekor, Spaghetti Bolognese dan juga Mushroom Soup. 

Persembahan  Live Music dari Musical Quartet  memberikan kelainan pada Majlis Persandingan Aisyah dan Hazrin yang bertemakan Orang Putih. Pasangan Mempelai juga dihiburkan dengan Persembahan Tarian moden dari Tari Aliff Dancer

Anecdote 1: Majlis Perkahwinan Buffet Malam memerlukan lebih ramai staff berbanding dengan yang diadakan diwaktu siang. 

Anecdote 2 : Majlis Pernikahan Pn. Siti Aisyah dan En. Mohd Hazrin telah diadakan di Masjid Mutiara Rini 

Anecdote 3 : Kad Jemputan Perkahwin mereka seperti di Kad Kahwin Terkini

Anecdote 4 :Hidangan dari Chocolate Fountain telah di pesan dari pembekal lain. Walaupun begitu mereka tidak dibenarkan menggunakan sebarang kelengkapan hidang dan makan dari jenis styrofoam.

Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring