Dewan Bandar Putra Kulai Johor

Perkhidmatan katering Makan Berhidang Tengahari di Dewan Bandar Putra Kulai, MU Industri sempena Annual Telematch. Majlis dihadiri 750 orang pekerja daripada berbagai jabatan dan peringkat. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan hiburan dari  para pekerja jabatan masing-masing. Cabutan nombor bertuah menjadi acara kemuncak kepada majlis ini.  





















Menu Makan Berhidang Tengahari ini adalah Nasi Putih, Nasi Tomato, Keropok Udang dan Ikan bersama sos Thai, Ayam Madu Goreng, Ayam Masak Merah, Siakap Masam Manis, Udang Goreng, Sotong Goreng,  Sayur Chap Chai dan Air Sirap Oren. 

Makanan dihidang di dalam Stainless Steel Serving Dome [ Porcelain Insert ] sebanyak  75 unit. Seramai 25 orang pelayan diperlukan untuk menghidang serta melayan para jemputan. dan 10 orang pembantu dapur untuk menyiapkan hidangan didalam serving dome. Tidak termasuk tukang masak yang memasak makanan tersebut. 

Dewan Bandar Putra Kulai ini sangat besar, boleh menampung lebih 1000 orang untuk makan secara serentak ataupun berhidang. Kemudahan asas dan tempat meletakkan kenderaan yang luas memberikan keselesaan kepada para tetamu yang hadir.

Anecdote 1: Kualiti makanan nyata berbeza jika dibandingkan ianya telah siap dimasak dengan dimasak lalu terus dihidang. Makanan yang bersifat Chinese Food Style perlu dimasak ditempat jamuan diadakan dan dihidang terus. Setiap makanan akan dimasak dan dihidang mengikut turutan. Ini memerlukan dapur serta segala kelengkapan memasak dibawa ke tempat jamuan diadakan dan akan meninggikan lagi kos menyediakan hidangan tersebut.

Anecdote 2: Dewan Bandar Putra Kulai dalam Kenangan


Rasa Mewah Catering 


Sharing is Caring