Dewan Banquet IOI Palm Villa

Dewan Banquet IOI Palm Villa Kulai terletak di IOI Palm Villa Golf & Country Resort  Bandar Putra Kulaijaya  Johor. Dewan di Palm Villa ini terletak betul-betul di atas puncak  bukit. 

Dewan Palm Villa ini  adalah antara dewan pilihan Pengantin dan Ibubapa Pengantin untuk mengadakan Majlis Perkahwinan yang eksklusif  dan tampak mewah . Dewan ini mampu menampung sehingga 250 tetamu jemputan untuk acara majlis makan malam berhidang. Hidangan secara buffet mampu untuk dihadiri sehingga 1500 orang tetamu.

Pakej sewaan dewan ini adalah termasuk penggunaan dewan , kerusi meja dan juga alas meja. Menggunakan meja 6 kaki diameter, untuk 10 atau 12 kerusi.   Kerusi jenis banquet dan masih baru serta kebersihan yang sentiasa dijaga. Sudah semestinya dewan di Palm Villa ini berhawa dingin. Amat berbaloi sekali !!! . Untuk urusan penyewaan dewan, sila berhubung terus dengan pihak pengurusan IOI Palm Villa ini . 

Kerjasama dari pihak pengurusan, pekerja di dewan hinggakan kepada pihak security melancarkan kerja-kerja kami sewaktu memberikan perkhidmatan katering di dewan ini. Terima kasih kami ucapkan. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu  
Untuk saiz lebih besar, sila klik pada gambar  
     

































Anecdote 1 : Gambar diatas adalah dari Majlis Perkahwinan anak perempuan Ir Idris yang menetap di Bandar Putra Kulaijaya. Terima kasih kepada Ir Idris kerana memberikan kepercayaan kepada Rasa Mewah Catering untuk menyediakan makanan kepada para tetamu jemputan serta Hidangan Makan Beradab Pengantin.  

Anecdote II : Menu utama terdiri dari set Nasi Briyani, Laksa Johor, Spaghetti Bolognese, Rojak Buah, Hidangan Dessert, Buah-Buahan, Air Sejuk dan Panas.

Anecdote III : Menu istimewa - Udang Goreng Daun Kari.

Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring