Persandingan Izzuddin di N. Sembilan

Selepas memberikan perkhidmatan katering di Bukit Layang-Layang dan Dewan Sri Murni II serentak pada hari yang sama, keesokan harinya [ Ahad ] kami bertolak ke Gemas, Negeri Sembilan untuk menghadiri Majlis Persandingan dan Perkahwinan anak saudara. En. Izzuddin dan pasangannya Cik Siti Salwani di rumah keluarga Pengantin Perempuan di Taman  Desa Permai Gemas, Negeri Sembilan.

Dari Johor Bahru ke Gemas tidaklah jauh sangat kalau ikut Highway Plus dan keluar di Yong Peng Utara. Dari sana terus ke Segamat. Antara Segamat dan Gemas tidaklah jauh.

Disebabkan kami terlepas exit Yong Peng terpaksalah terus ke Tangkak. Dari Tangkak maka jumpalah Asahan dan lain-lain. Tak pakai GPS tapi ikut Google Maps via Tablet ,Ok juga.  Habis jalan kampung pun dia suruh ikut. Grrrrrrr. Google Maps pun dah boleh upgred ke Maps GL Graphics Library

Paling tak boleh lupa bila terjumpa signboard ke Batang Melaka. Kalau Buah Melaka memang biasa dengar tapi yang ini Batang Melaka. Dimanakah Batang Melaka? Sila besarkan peta di bawah.













Anecdote I : Kalau ikutkan, memanglah penat,. Setelah semalamnya memberikan perkhidmatan katering untuk pengantin di 2 tempat yang berasingan. Di majlis-majlis perkahwinan saudara mara beginilah, baru dapat berjumpa dengan sanak saudara yang jauh.

Anecdote II : Bila dapat menghadiri majlis perkahwinan luar dari Johor, dapat juga merasa kelainan masakan  dari apa yang selalu dimasak. 

Anecdote III : Alahai Google Maps kenapalah tak update peta anda....Taman Desa Permai, Gemas, Negeri Sembilan tiada dalam senarai Google Maps !!!  Update Pleaseeeee.

Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring