Pernikahan Taman Scientex Pasir Gudang

Majlis Pernikahan Cik Nur Faridatul Ain dan En Mohd Khairul Shahrizan telah diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Taman Scientex Pasir Gudang Johor. Tema Pink dan Putih menyerikan Majlis Pernikahan mereka. Canopy yang berbumbung lutsinar  dengan tergantungnya lampu Chandelier di tengah-tengah bumbung canopy memberikan suasana romantik pada malam pernikahan kedua mempelai ini.

Menu istimewa adalah Sup Tulang bersama Roti Perancis serta hidangan lainnya seperti set Nasi Lemak Basmathi Kukus bersama Ayam Goreng Selasih dan Mee Siam. Puding Karamel menjadi pencuci mulut utama disamping buah-buahan. Minuman panas iaitu Teh O dan Air Sirap untuk hidangan para tetamu.
Untuk saiz lebih besar, sila klik pada gambar  

       










Anecdote I : Penggunaan Arabian Canopy berbumbung lutsinar dengan tergantungnya lampu Chandelier di tenganh-tengah canopy amat sesuai untuk majlis yang diadakan diwaktu malam. Dari jauh sudah kelihatan lampu bergemerlapan cantik di sekitar majlis diadakan.

Anecdote II : Pernah memberikan perkhidmatan katering Menyambut Menantu di JP Perdana Johor Bahru. Majlis Makan Malam Berhidang yang diadakan dirumah En Razak dan Kak Amy.  Perkahwinan anak lelaki beliau iaitu En Azim. Keluarga Pengantin menggunakan Canopy Marquee untuk Pelamin dan Arabian Canopy lutsinar berserta chandelier untuk khemah para tetamu jemputan, memberikan suasana yang romantik sekali pada malam itu. 


Majlis Persandingan di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang ( sila klik link ini )


Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring