Dewan Pangsapuri Sri Murni II

Dewan Pangsapuri Sri Murni II, Kuarters Hospital Sultanah Aminah, Tampoi Johor Bahru, terletak di Pengkalan Rinting, Tampoi Johor Bahru. Dewan ini berada di dalam kawasan perumahan Kuarters Hospital Sultanah Aminah Tampoi.  

Dewan ini agak besar juga, boleh menempatkan lebih kurang 24 meja bulat yang bersaiz 4 kaki. Terdapat 'stage' yang sesuai untuk menempatkan Pelamin - boleh muat jikalau untuk 2 pasangan pengantin serentak bersanding. Hanya menggunakan kipas dinding untuk para tetamu jemputan. Terdapat tempat meletakkan kenderaan yang luas di sekeliling dewan ini.
Untuk saiz yang lebih besar, sila klik pada gambar


















Anecdote I : Gambar di atas adalah dari Majlis Perkahwinan keluarga Pn Haslina dari Taman Bukit Mewah Johor Bahru. Beliau mengambil  Pakej Buffet. Keluarga Pn Haslina amat bertuah kerana mendapat 2 menantu serentak. Semoga Perkahwinan  kedua anak dan menantu beliau berpanjangan hingga ke akhir hayat hendaknya.

Anecdote II : Kedua menantu terpaksa membayar Duit Tol untuk masuk ke dalam dewan untuk Acara Bersanding. Berpeluh-peluh juga menantu-menantu Pn Haslina dikerjakan oleh sanak saudara.

Rasa Mewah Catering 

Sharing is Caring