Bukit Layang-Layang Pasir Gudang

Bukit Layang-Layang Pasir Gudang amat terkenal dengan Festival Layang-Layang Sedunia yang diadakan setahun sekali. Terdapat sebuah Astaka yang besar di puncak Bukit Layang-Layang dimana dibahagian bawahnya adalah Pejabat Pengurusan dan dibelakangnya adalah Muzium Layang-Layang Pasir Gudang.

Di hadapan Astaka Bukit Layang-Layang terdapat satu kawasan lapang yang boleh didirikan khemah untuk majlis-majlis tertentu. Untuk penyewaan penggunaan tapak di Bukit Layang-Layang, sila berhubung terus dengan pihak pengurusan.

Rasa Mewah Catering telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Perkhidmatan Katering Perkahwinan yang ber tema Garden Wedding di Bukit Layang-Layang ini. Difahamkan ini adalah Majlis Perkahwinan yang ke 2 pernah diadakan di sini.
Untuk saiz yang lebih besar, sila klik pada gambar.
































Anecdote I : Gambar diatas adalah dari Majlis Perkahwinan En. Mohd Khairul Shahrizan dan Cik Nur Faridatul Ain  yang ber tema kan Garden Wedding. Mereka masih mengekalkan Warna Tema Pink dan Putih sama seperti Majlis Pernikahan mereka.

Penggunaan Canopy Marquee yang tinggi yang bumbungnya hampir sama tinggi dengan bumbung Astaka Bukit Layang-Layang memberikan pemandangan yang luas untuk majlis mereka.  Pelamin didirikan di bawah bumbung Astaka manakala Meja Makan Beradab terletak bersebelahannya.

Anecdote II : Bersesuaian dengan tema Garden Wedding, kedua mempelai telah mengambil sebuah kumpulan Pancaragam ( Live Music  Band ) untuk menghibur para tetamu yang hadir. Kedua Mempelai tidak juga lokek  menghiburkan tetamu jemputan dengan mendendangkan  lagu kegemaran mereka.

Anecdote III : Majlis Persandingan mereka amat bertuah sekali kerana dikunjungi oleh Skuad Era Perodua, pada petang itu untuk beramah mesra bersama Kedua Mempelai dan Tetamu yang hadir.


Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring