Perkahwinan di Kg Melayu

Majlis Pernikahan dan  Perkahwinan Cik Norshahida dan pasangannya En. Ridhwan telah berlangsung di rumah keluarga beliau di  Jalan Rahmat Kg Melayu Majidee Johor Bahru. Ini adalah kali pertama pihak kami selaku katerer  menyediakan perkhidmatan katering di Jalan Rahmat Kampung Melayu Majidee.

Cuaca seperti diramalkan, cukup baik sekali, terang benderang walaupun dah sebulan, hujan kerap turun dengan lebat pada waktu tengahari dan petang. Hari Bahagia Gadis Ini berlangsung dalam suasana yang ceria, tambahan pula saudara mara tidak lokek dan segan untuk menyumbangkan lagu dengan berkaroke sepanjang majlis.     
Untuk saiz yang lebih besar sila klik pada gambar


















Pengantin mengambil Pakej katering Perkahwinan Buffet dengan hidangan istimewa Kuih Tako in shot glass. Maklumbalas yang positif dari saudara mara pengantin dan para tetamu tentang kesedapan  makanan dan  layanan yang diberikan memberikan semangat pada pihak katerer untuk berkhidmat dimasa-masa lain.

Anecdote: Majlis perkahwinan kami dahulu juga diadakan di Jalan Rahmat Kg. Melayu, tapi taklah se gah macam ni. Biasa-Biasa saja. Pihak katerer kalau disuruh menyumbangkan lagu....takut nanti lagu jadi terus sumbang....

Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring