Majlis Pernikahan Denai 2 Kempas

Majlis Pernikahan Pengantin Perempuan dari keluarga Tn Hj Mohd Ripin dan Hjh Rahmah telah diadakan di rumah beliau di Jalan Denai 2 kg Kempas Baru Johor. Walaupun majlis diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan menu-menu istimewa dari kami sebagai katerer.

Majlis Pernikahan yang berjalan lancar telah diadakan pada waktu malam dalam cuaca yang baik sekali, walaupun daerah Johor Bahru kerap kali hujan pada waktu petang dan malam. Laman rumah yang luas memudahkan para tetamu untuk meletakkan kenderaan mereka.
Untuk saiz yang lebih besar, sila klik pada gambar









Menu utama terdiri dari Nasi Putih berlaukkan Asam Pedas Ikan Tenggiri, Ayam Goreng Berempah dan Sayur Campur. Menu istimewa Sup Ekor yang panas bersama Roti Perancis. Hidangan buah-buahan dan dessert istimewa dari kami Kuih Tako in Shot Glass berserta Samosa.  Air Teh Tarik , kopi O dan juga Air Mata Kucing untuk para tetamu.

Anecdote: Pernikahan telah sempurnakan oleh Imam Labintah Mahmood. Teringat kenangan sewaktu Imam Labintah menikahkan kami berdua 12 tahun dahulu. Beliau juga menjalankan perniagaan katering dan tinggal di Denai 2 Kempas. Boleh menghubungi beliau melalui talian 019 7001151 atau 07 232 1151. 

Update: Majlis Persandingan diadakan di Dewan TNB ( Dewan Cahaya ) Jalan Dataran Utama Kempas pada keesokan harinya.

Sila klik di Majlis Persandingan untuk melihat menu-menu istimewa dari kami.


Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring