Dewan TNB Kempas ( Dewan Cahaya )

Dewan TNB Kempas atau nama glamournya Dewan Cahaya yang terletak di Jalan Dataran Utama Taman Kempas Johor Bahru antara dewan pilihan kepada bakal pasangan pengantin baru untuk meraikan Majlis Persandingan dan Perkahwinan mereka.

Di sebelah hadapan dewan ini mempunyai lot untuk meletakkan kenderaan yang luas serta ruang legar yang besar. Saiz dewan yang agak besar dapat menampung kehadiran jumlah tetamu jemputan yang ramai dalam satu -satu masa untuk makan secara buffet. Untuk acara makan secara berhidang atau Wedding Dinner, dewan ini boleh menampung sekurang-kurangnya 300 jumlah tetamu.
Untuk saiz yang lebih besar sila klik pada gambar
















Anecdote : Gambar di atas adalah dari Majlis Persandingan Pasangan Pengantin keluarga Tuan Hj Mohd Ripin dan Hjh Rahmah yang menetap di Jalan Denai 2 Kg Kempas Baru Johor Bahru. Menu istimewa dari kami adalah Carrot Cake dan Fruity Asst Cake serta Puding koktel in short glass

Menu utama iaitu Nasi Briyani Moghul serta lauk pauknya yang sedap  mendapat pujian dari saudara mara dan para tetamu yang hadir. Menu sampingan adalah rojak petis berserta keropok ikan. Tidak ketinggalan Acar Buah istimewa orang Johor  Semoga kedua Pasangan Mempelai bahagia hingga ke akhir hayat. 

Majlis Pernikahan telah diadakan di rumah beliau di Denai 2 Kempas . Walaupun Majlis Pernikahan tampak sederhana tapi meriah dengan menu-menu dari kami sebagai katerer.

Sila klik di Majlis Pernikahan untuk melihat menu-menu istimewa yang kami sediakan. 

Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring