Rumah Limas Yayasan Warisan Johor

Rumah Limas Yayasan Warisan Johor terletak di hadapan Pejabat Yayasan Warisan Johor,  (Bahagian Persuratan dan Sejarah, Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, Pusat Kesenian Melayu Nusantara dan Pusat Dokumentasi). Alamat JKR 303, Jln Mariamah 81000 Johor Bahru.

Kepada bakal pengantin atau ibubapa pengantin yang berkenan untuk menjalankan majlis perkahwinan seperti suasana di kampung ala-ala era 50`an bolehlah menjadikan Rumah Limas dan kawasan sekitarnya sebagai tempat untuk meraikan para tetamu yang hadir.

Di bahagian hadapan Rumah Limas ini terdapat kawasan lapang yang boleh menempatkan sekurang-kurangnya 6 khemah bersaiz 20 x 20, manakala di sebelah kiri rumah terdapat juga kawasan lapang yang boleh menempatkan 3 khemah. Di bahagian belakang rumah pula boleh didirikan khemah untuk memasak atau penyediaan makanan oleh pihak katering. Bekalan elektrik dan air juga disediakan oleh pihak pengurusan.

Keluarga pengantin biasanya menempatkan Pelamin di dalam Rumah Limas ini. Kalau untuk dua pasangan pengantin bersanding serentak pun masih mempunyai ruang yang luas. Terdapat Pentas menghadap rumah limas ini. Pentas ini amat sesuai untuk Majlis Makan Beradab Pengantin dan Acara Potong Kek. Ruang pentas juga mencukupi untuk  meletakkan meja rombongan pengantin serta tetamu VIP / VVIP.




Sila klik pada gambar untuk pembesaran 100%
Terdapat ruang meletak kenderaan yang luas serta berhampiran dengan tempat majlis diadakan untuk keselesaan para tetamu yang hadir. Kemudahan tandas juga disediakan oleh pihak pengurusan.

Rumah Limas ini juga sesuai untuk acara-acara lain seperti hari perjumpaan keluarga, sambutan Hari Raya, Rumah Terbuka ataupun majlis kecil serta besar. Untuk tempahan penggunaan Rumah Limas ini serta kawasan sekitarnya, silalah berjumpa terus dengan pihak pengurusan.

Anecdote: Gambar di atas adalah persiapan untuk Majlis Pernikahan. Memandangkan masih dalam bulan Syawal merayakan Aidil Fitri, menu terdiri dari Lontong Kering bersama rendang daging, kuah lodeh serta sampingannya. Kudapan terdiri dari agar-agar pandan bersantan, butter cake, carrot cake dan juga puding koktel serta buah-buahan. Istimewa orang Johor air sirap oren dan juga teh tarik. Kesesuaian menu bergantung kepada jenis majlis anda  Cadangan menu lain boleh dilihat dibahagian menu

Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring