Majlis Pernikahan dan Perkahwinan di Taman Kempas Utama

Rasa Mewah Catering telah memberikan Perkhidmatan Katering Perkahwinan di Taman Kempas Utama Johor Bahru. Majlis Pernikahan telah di langsungkan pada hari Jumaat dan Majlis  Persandingannya pula pada hari Sabtu iaitu 2 minggu selepas Hari Raya Aidil Fitri. 

Majlis Pernikahan telah berjalan lancar seperti yang di jadualkan. Menu untuk hari itu adalah terdiri dari Nasi Impit, Sayur Lodeh, Sambal Goreng Jawa, Kuah Kacang, Serunding Kelapa dan berlaukkan daging rendang. Tidak lupa juga Roti Jala bersama Ayam Kari. Air Laici atas permintaan tuan rumah dan juga Teh Tarik.

Majlis Persandingan pula  diadakan pada keesokan harinya. Menu terdiri dari Nasi Briyani Moghul set, Rojak Petis serta Kuih-muih dan buah-buahan. Istimewa orang Johor, Air Sirap Oren tidak dapat dilupakan. Menu Istimewa pada hari itu adalah Laksa Johor dan juga Spaghetti Bolognese. Semua hidangan di hidang secara buffet






Walaupun hujan turun dengan lebatnya pada jam 12 tengahari tetapi telah reda sejam kemudianya. Rombongan Pengantin Lelaki datang seperti yang dijadualkan dan bersanding pada jam 2 petang. Acara Makan Beradab berlangsung selepas itu diikuti dengan acara Memotong Kek Pengantin .

Semoga kedua Pasangan Mempelai bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya. Pihak kami merakam ucapan terima kasih kepada seluruh sanak saudara dan keluarga Pengantin atas kerjasama yang diberikan sepanjang kami memberikan perkhidmatan katering di Majlis Pernikahan dan Persandingan ini.

Anecdote: Menu Laksa Johor dan Spaghetti Bolognese ditambah kepada menu utama iaitu Nasi Briyani adalah untuk memberikan kelainan kepada Majlis Persandingan Pn Dina. Laksa Johor yang kuahnya berasaskan ikan parang dan udang segar menyelerakan sekali kepada saudara mara keluarga pengantin yang kebanyakkannya bukan berasal dari Johor. Spaghetti Bolognese adalah hidangan pilihan kepada keluarga yang membawa anak-anak yang tidak menyukai makanan pedas dan berempah. Walaupun begitu Spaghetti Bolognese ini juga menjadi tarikan kepada golongan dewasa !!!


Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring