Bazar Ramadhan : Lebih Mahal dari Makan di Restoran

Bazar Ramadhan di manakah anda kunjungi hari ini? Di Johor Bahru popular dengan Bazar Ramadhan seperti  di Stadium Larkin, Kg Melayu Majidee ataupun di Taman Universiti. Tidak sah kalau di Bulan Ramadhan ini kita tidak pergi ke mana-mana Bazar Ramadhan.
Bazar Ramadhan Taman Bukit Mewah
Membeli hidangan Berbuka Puasa adalah  lebih mudah untuk golongan yang bekerja. Banyak pilihan juadah Berbuka Puasa yang boleh didapati di Bazar-Bazar Ramadhan ini.Tepuk "  Wallet " tanya Selera


Pernahkah kita membuat budget untuk belian kita, setiap kali ke Bazar Ramadhan atau mengikut selera kita. Nampak Nasi Briyani - beli Nasi Briyani, nampak Murtabak - beli Murtabak, nampak Ayam Percik - beli Ayam Percik. Nampak orang ramai dekat Gerai Nasi Kerabu, kita pun pergi beratur juga untuk beli Nasi Kerabu. Nampak Ayam Penyet - terasa juga hendak membeli sebab tak pernah rasa. Nampak mesin Air tebu- terus beratur beli Air Tebu. Semua nampak - kalau boleh semua nak beli.


Bila kita balik rumah baru kita tahu berapa banyak duit yang kita habiskan untuk juadah berbuka puasa hari itu. Ada seorang kawan yang menghabiskan sebanyak RM 80 di Bazar Ramadhan  untuk hidangan berbuka puasa ( hari pertama ) seramai empat orang.
Agar-Agar Pandan  Santan " in Shot Glass"
Sebelum ini kita tidak kesah kalau makan nasi dengan air kosong sahaja
Warna-warna air di Bazar Ramadhan mewarnai mata dan selera kita. Ohhhh turut  warna-warni juga duit yang keluar dari poket kita.


Harga juadah yang dijual di Bazar Ramadhan memanglah lebih murah dari di Restoran tapi cara kita berbelanja kadang-kadang lebih baik kita berbuka puasa di Restoran.



Rasa mewah Catering



Sharing is Caring