Bubur Kacang Hijau + Durian

Bubur Kacang satu menu resepi yang mudah. Rebus kacang hijau hingga empuk,  campur gula melaka atau gula putih dan masukkan santan serta tambahkan sedikit garam. Beberapa helai daun pandan membuat bubur ini bertambah wangi. Ada orang suka tambah sedikit biji sagu halus untuk memekatkan kuahnya. Masa merebus kacang, jangan tambah apa-apa untuk mengelakkannya lambat empuk.
Bubur Kacang + Durian
Lagi sedap kalau ditambah buah durian didalam bubur kacang ini. Enak dimakan ketika masih panas atau ditambah dengan sedikit air batu. Sesuai untuk 'dessert' majlis besar, sederhana dan kecil. Masukkan Menu ini dalam senarai untuk juadah berbuka puasa anda.  

Anekdote: Orang Johor kalau masak bubur kacang, kuahnya memang pekat dan sedikit. Tidak seperti di negeri lain. Banyak betul beza antara Johor dengan negeri lain.

Apa jua masakan yang menggunakan santan, sedikit tambahan garam akan membuat ia bertambah lemak.


Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring