Kes-kes kecurian di hari perkahwinan memang jarang kita dengar...sebab tidak dapat liputan dari akhbar-akhbar. Bila hendak mengadakan majlis-majlis besar, seperti Majlis Perkahwinan, semua persiapan dibuat dengan rapi. Kalau boleh Hari Perkahwinan itu nanti tiada cacat celanya.
Masalah Kita |
Semua sanak saudara berkumpul dan bergembira menyambut para tetamu, lebih lebih lagi kedatangan Orang Baru dalam keluarga mereka. Rumah pengantin menjadi tempat untuk saudara mara dan tetamu untuk tumpang solat dan juga ke bilik air. Tidak kurang juga ada yang begitu perihatin untuk melihat bagaimanakah rupa Bilik Pengantin Baru dihias.
Dalam ramai-ramai para tetamu dan sanak saudara maka muncullah tetamu yang tidak diundang, yang mengambil kesempatan atas kelalaian. Ada kes kehilangan handphone... biasa, kehilangan beg tangan...biasa, yang luar biasa kecurian Wang Hantaran. Kalau wang hantaran pakai cek, bapak pengantin takut cek tendang pula. Cara paling selamat guna Bankers Cheque. Terang-terang duit dah ada dalam bank.
Langkah-langkah keselamatan untuk barang-barang berharga perlu diambil untuk mengelakkan kejadian kecurian pada hari perkahwinan . Ingatkan saudara mara tentang bag tangan mereka, janganlah ditinggalkan merata-rata. Kalau tidak perlu, janganlah membawa barangan berharga.Sediakan satu bilik khas untuk menyimpan barang-barang berharga tuan rumah, samada wang tunai atau alat-alat elektonik yang kecil dan mudah alih. Hanya orang tertentu sahaja yang mempunyai kunci kebilik tersebut.
Anekdot: Bila dah habis majlis, mak pengantin datang kepada kami, majlis semua berjalan dengan lancar dan kesedapan makanan mendapat pujian dari para tetamu. Cuma beliau terkilan yang salah seorang saudaranya kehilangan beg tangan, yang didalamnya mengandungi pengenalan diri, lesen memandu dan sedikit wang tunai. Masalah besarnya adalah kehilangan kunci kereta sekali. Majlis di Johor Bahru, saudaranya itu tinggal di Kuala Lumpur. Perlu ambil kunci kereta di Kuala Lumpur dan patah balik ke JB semula. Masalah...masalah
Rasa Mewah Catering
Sharing is Caring
Rasa Mewah Catering
Sharing is Caring