Skip to main content

Nasi Lemak Basmathi Kukus & Ayam Goreng Selasih

Nasi lemak, masakan nasi yang bersantan  telah sinonim dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Memang patut ia dikenali antara makanan yang popular dirantau ini. 

Pada waktu kami masih bersekolah dulu, nasi lemak hanya dijual pada waktu pagi. Sebagai sarapan pagi untuk ke tempat kerja atau ke sekolah. Zaman telah berubah, nasi lemak bukan hanya dijual pada waktu pagi sahaja, kini ia boleh didapati 24 jam sehari !

Rasa Mewah Catering menyediakan menu nasi lemak ini dengan lebih istimewa iaitu menggunakan beras Basmathi ( long grain rice) dan dikukus. Beras ini direndam selama 4 jam dan dikukus sebanyak 2 kali dan kali ketiga dikukus bersama santan pekat. Nasi yang dimasak dengan cara ini lebih peroi. 

Nasi lemak Basmathi Kukus kami sedap dimakan  walaupun tanpa lauk tambahan. Kami menjual Nasi Lemak Basmathi kukus ini bersama Ayam Goreng Selasih. Ayam diperap bersama rempah ratus dan digoreng dengan api yang cukup panas. Keropok dari tepung ayam ini juga menjadi kegemaran para pelanggan kami.

Untuk penduduk daerah Johor Bahru anda dapat membeli Nasi Lemak Basmathi kukus kami di pasar malam tempat kami berniaga. Atas sebab-sebab tertentu kadang kala pihak kami tidak dapat berniaga di pasar-pasar malam tersebut. Sila hubungi kami jika anda berminat untuk membeli Nasi Lemak Basmathi Kukus dan Ayam Goreng Selasih kami.

Selamat membeli...
Hidangan Menggunakan Stainless Steel Serving Dome Untuk VIP
Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring