Skip to main content

Mengetahui Ayam Yang Di Goreng Itu Masak .

Cara yang paling senang adalah menggoreng ayam menggunakan minyak yang banyak iaitu "deep fry" . Pastikan minyak telah cukup panas iaitu terasa bahang apabila tangan diletakkan di atas permukaan minyak itu. Masukkan ayam secukupnya, jangan terlalu banyak .Jikalau terlalu banyak, minyak akan serta merta menjadi sejuk dan ayam akan kelihatan seperti direbus!!!

Lebih baik, ayam itu diangkat dan tunggu sehingga minyak menjadi panas semula, baru dimasukkan sebahagian ayam yang telah berminyak itu. Jikalau kita teruskan juga menggoreng ayam dengan kuantiti yang banyak itu ,sebenarnya kita akan mengambil masa yang lebih lama dari sepatutnya dan paha serta kepak ayam itu akan terbelah dan pecah.

Kita akan tahu ayam yang kita goreng itu masak apabila ketulan-ketulan ayam itu terapung di permukaan minyak lebih kurang 6-10 minit bergantung kepada saiz potongan ayam itu.Bahagian paha ayam, adalah yang paling lama untuk dimasak, pastikan bahagian paha ayam diangkat paling akhir dan telah terapung.

Cara ini akan lebih selamat dari kita mengagak,sebab ayam yang telah kering di bahagian luar atau hangus tidak semestinya masak.


Udang Goreng dan Ayam Goreng Sedap bersama Mee Siam 
Ayam Goreng memang di sukai ramai.....


Anecdote: Selalukah anda pergi ke Majlis Perkahwinan, bila hendak ambil ayam masak merah ...isi dan tulang ayam dah tertanggal.

Rasa Mewah Catering


Sharing is Caring